Lawatan Pihak UiTM Samarahan

22 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 21 September 2019 (Sabtu), pihak Pusat Internet Kampung Sibuluh telah menerima kunjungan hormat dari pihak UiTM Samarahan dimana mereka terdiri daripada pelajar semester 4 dan diiringi seorang pensyarah.

Tujuan lawatan ini adalah untuk berbincangan bersama di antara pengurusan Pusat Internet Kampung Sibuluh dan juga Ketua Kaum Kampung Sibuluh bagi menjalankan program untuk belia lepasan S.P.M dan juga lepasan S.T.P.M.

Program yang akan dijalankan ini bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan kepada pelajar lepasan S.P.M dan juga lepasan S.T.P.M. untuk membuat persediaan menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Program ini akan dijalankan pada bulan November 2019 bertempat di Pusat Internet Kampung Sibuluh dengan kerjasama JKK Kampung Sibuluh.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali